Dah terlanjur bercakap pasal KTM komuter dalam posting yang lepas,kali ini nak sentuh sikit pasal KL Monorail.Ia merupakan satu pengangkutan alternatif terbaik dalam KL terutamanya pada waktu puncak.Monorail ini menghubungkan stesen KL Sentral dan stesen Titiwangsa
Apa yang disentuh adalah perjalanan Monorail dari KL Sentral ke Titiwangsa pada waktu puncak pagi..lebih kurang pukul 7.30 hingga 9.30 pagi di stesen Hang Tuah.
Bila Monorail sampai Hang Tuah,kepadatan penumpang di dalamnya adalah terlalu padat sampai tak ada ruang untuk bergerak langsung.Lebih kurang macam KL mini bus 20 tahun yang lalu.Even ada pekerja monorail yang bertindak memastikan setiap ruang yang ada dalam monorail di penuhi.YOU CANT EVEN TURN YOUR BODY LEFT OR RIGHT..hanya kepala saja boleh pusing
Persoalan di sini,bukankah setiap gerabak tu ada tahap maksimum penumpang atau yang lebih tepat maksimum BERAT MUATAN.Kereta,bas,lori,lift,kapal terbang semuanya ada tahap maksimum berat yang ditetapkan oleh pembuat atas faktor faktor keselamatan.Adakah kepadatan yang mengalahkan tin sardin tu masih belum melepasi tahap berat keselamatan Monorail??
Siapa yang perlu disalahkan,pengguna or pengurusan Monorail? From my point of view pihak monorail perlu meningkatkan kekerapan untuk mengatasi keperluan pengguna..Jangan ambil sikap sumbat selagi boleh sumbat..Jangan dah terjadi sesuatu yang buruk baru kelam kabut nak ambil langkah langkah keselamatan..
In The End...better safe than sorry
Thursday, October 16, 2014
Monday, October 13, 2014
KTM Komuter..is it so difficult??
Sejak kebelakangan ini saya banyak menggunakkan perkhidmatan KTM komuter untun bergerak di sekitar Klang Valley.6 atau 7 tahun yang lalu saya merupakan pengguna tegar KTM komuter, tetapi pada masa itu belum ada coach reserve untuk wanita saja. Foreigner pun tak ramai yang guna...
Sekarang dah banyak foreigner yang guna but dont know whether legal or illegal..ha ha ha
But ada 2 benda yang masih tak faham..
1) apa guna buat coach khas untuk wanita kalau dalam coach tu banyak lelaki dok bertempek..tak ada sebarang penguatkuasaan untuk control
2) komuter masih tak punctual..sama macam dulu,Kalau sekali sekala ok la tapi kalau hari hari and delay sampai 20 minit..something is not right
In The End....MALAYSIA BOLEH

Sunday, October 12, 2014
Laksa Janggus...almost perfect
Dah dekat seminggu tak update blog,agak sibuk dengan kerja yang tak siap siap.Masa pergi Penang few days back sempat juga melencong ke Balik Pulau.Orang cakap laksa dekat situ sedap. Sesudah 3 atau 4 kali salah jalan,google map pun pening kepala,akhirnya sampai juga ke LAKSA JANGGUS.
Bukan hanya laksa,ada goreng pisang,keropok lekor,mee and bihun sup.Kalau nak laksa yang ada telur kena minta laksa special..rm 4.To be honest,one of the best laksa yang pernah makan..even laksa Zakaria kat Kuala Kedah pun kalah.Kalau lah masa dia ambil laksa bubuh dalam mangkuk dia guna sarung tangan plastic..I would rate this place 10/10
In The End..pejam mata and enjoy

Monday, October 6, 2014
Jabatan Agama Islam Negeri..bureaucracy or.....?
Kisah 1
seorang kenalan dari selatan tanah air,menetap sementara di Selangor untuk mencari sesuap nasi.Berkenalan dengan seorang gadis di sini akhirnya ingin melangsungkan perkahwinan.Oleh kerana kenalan bukan anak Selangor dan alamat di My Kad pun masih alamat di Johor maka beliau perlu mengisi Borang Pengesahan Pemastautin yang disahkan oleh ketua kampung atau tok imam atau yang sejawatan dengannya
Kisah 2
seorang kenalan dari selatan tanah air,menetap sementara di Pulau Pinang untuk mencari sesuap nasi.Berkenalan dengan seorang gadis di sini akhirnya ingin melangsungkan perkahwinan.Oleh kerana alamat di My Kad pun masih alamat di Johor maka beliau PERLU MENUKAR ALAMAT DI MY KAD KE ALAMAT PULAU PINANG , baru boleh memohon.Tidak ada borang Pengesahan Pemastautin di sini.
Kisah 3
seorang kenalan dari selatan tanah air,menetap sementara di Perak untuk mencari sesuap nasi.Berkenalan dengan seorang gadis di sini akhirnya ingin melangsungkan perkahwinan.Oleh kerana terlalu banyak birokrasi dari Jabatan Agama,beliau akhirnya berkahwin di sempadan Siam.
IN THE END...Islam itu mudah..kenapa perlu dirumitkan
Saturday, October 4, 2014
Online Purchase..dont be fooled
Trend membeli barang secara online dah semakin popular sekarang.Banyak syarikat yang besar menawarkan perkhidmatan ini seperti Lazada,Zalora dan sebagainya.Biasanya online purchase dari syarikat yang besar tidak timbul masalah kena scam or tipu.Yang timbul cuma masalah kecil seperti kelewatan menerima barangan
Apa yang nak dikongsikan di sini adalam online purchase dari INDIVIDU yang aktif di mudah.my,lelong.com dan lowyat garage sales.Terlalu banyak berita terjadinya penipuan.Yang paling ketara adalah duit dah bank in tapi barang yak sampai.Berikut adalah sedikit petua untuk mengelak dari kena online scam.
- careful dengan tawaran harga murah yang melampau..some is too good to be true,banding harga yang di tawar dengan individu lain
try to keep all communication via sms,whatsapp or email..avoid berbual,at least ada written proof
berhati hati dengan penjual yang suruh bank in separuh bayaran dulu,balance boleh bayar masa dapat barang..yang itu confirm 99% scam
elak dari bank in duit to 3rd party person.Contohnya kalau deal dengan Ahmad masa nak bank in dia suruh bank in dalam ac wife dia
Sebahagian dari penipu dan scammer bank ac no boleh di lihat di SINI
Yang paling penting..kalau timbul sedikit doubt saja dalam hati kita..do not proceed
IN THE END...better safe than sorry

Friday, October 3, 2014
Fresh Graduates..reality or fantasy
Sering kali kita dengar keluhan para graduan tentang kesukaran untuk mendapatkan kerja.Masalah yang tak pernah selesai dari dulu.. kini dan selamanya..
Ingin saya kongsikan pengalaman saya ketika bertugas di sebuah kedai rangkaian peruncitan yang terkenal di Malaysia beberapa tahun yang lepas.
Pada masa itu kami mengalami kegawatan pekerja yang teramat sangat.Ramai pengurus kedai yang berhenti atau diberhentikan.Lantas pihak syarikat mengiklankan jawatan "Management Trainee" untuk lepasan graduan di dada dada akhbar (masa tu internet belum berkembang pesat lagi..belum ada broadband).
Saya adalah antara orang yang terlibat dalam menemubual calon calon temuduga.Pada hari yang ditetapkan,ramai graduan yang hadir dalam walk in interview itu.Setelah 2 hari berlangsung ramai juga graduan graduan yang berkualiti yang disenarai pendek.TETAPI sebahagian besar menolak jawatan management trainee atas alasan alasan yang remeh.antaranya :
tak boleh kerja hujung minggu dan public holiday sebab tak sama time dengan GF or BF
tak boleh kerja hari raya nanti tak balik kampung.. keluarga sedih
tak boleh kerja long hours..takut penat
Tetapi yang menolak atas dasar terlibat dengan penjualan arak..itu saya accept and respect.
Akhirnya seramai 25 orang telah diterima bekerja.Sebagai management trainee, mereka di ajar selok belok pengurusan kedai dari segala segi .Sudah tentu mereka terpaksa melakukan kerja kerja sebagai sales assistant dulu seperti jadi cashier,menyusun barang,mop lantai,buang sampah dan sebagainya.
Setelah 2 minggu berlalu cuma tinggal 5 orang yang masih setia.20 yang lain dah cabut berhenti.Masih segar dalam kepala saya kata kata dari seorang yang berhenti itu...
BANG,..KITA ORANG LEPASAN UNIVERSITI,TAK KAN KITA ORANG NAK BUAT KERJA KULI MACAM ITU
IN THE END...speechless again

Wednesday, October 1, 2014
Hj Samuri Sate Kajang...the same old song
kali terakhir makan sate kajang Hj Samuri lebih kurang 5 tahun yng lepas.Masa tu makan kat cawangan Taman Melati Gombak.Pengalaman yang agak kurang menyenangkan.Order lain sampai lain,sate sejuk sangat macam dah dibakar sejam yang lepas.Suruh pelayan panaskan balik terus dia tarik muka 14..After that I said this is the last....
Hari ini berubah berfikiran,will try to give them benefit of the doubt.So singgah kat cawangan utama di bandar Kajang.Order sate daging,perut,hati and kambing..Lepas kurang 10 minit,pelayan datang hantar sate..OH NO dia hantar daging,perut,hati and ayam..salah hantar lagi.Terus sentuh sate,as expected sejuk gedi tak panas langsung,pelayan angkat balik order yang salah and at the same time suruh dia hantar yang panas.5 minit kemudian pelayan datang hantar kembali tapi cuma daging,perut dan hati,As expected still sejuk.Tanya pelayan mana kambing,he said masih tengah bakar.Ok nevermind at least still can taste hot sate kambing.2 minit sate kambing sampai...SEJUK
IN THE END.....speechless

Subscribe to:
Posts (Atom)