Thursday, October 16, 2014

KL Monorail..disaster in a making

Dah terlanjur bercakap pasal KTM komuter dalam posting yang lepas,kali ini nak sentuh sikit pasal KL Monorail.Ia merupakan satu pengangkutan alternatif terbaik dalam KL terutamanya pada waktu puncak.Monorail ini menghubungkan stesen KL Sentral dan stesen Titiwangsa

Apa yang disentuh adalah perjalanan Monorail dari KL Sentral ke Titiwangsa pada waktu puncak pagi..lebih kurang pukul 7.30 hingga 9.30  pagi di stesen Hang Tuah.
Bila Monorail sampai Hang Tuah,kepadatan penumpang di dalamnya adalah terlalu padat sampai tak ada ruang untuk bergerak langsung.Lebih kurang macam KL mini bus 20 tahun yang lalu.Even ada pekerja monorail yang bertindak memastikan setiap ruang yang ada dalam monorail di penuhi.YOU CANT EVEN TURN YOUR BODY LEFT OR RIGHT..hanya kepala saja boleh pusing

Persoalan di sini,bukankah setiap gerabak tu ada tahap maksimum penumpang atau yang lebih tepat maksimum BERAT MUATAN.Kereta,bas,lori,lift,kapal terbang semuanya ada tahap maksimum berat yang ditetapkan oleh pembuat atas faktor faktor keselamatan.Adakah kepadatan yang mengalahkan tin sardin tu masih belum melepasi tahap berat keselamatan Monorail??

Siapa yang perlu disalahkan,pengguna or pengurusan Monorail? From my point of view pihak monorail perlu meningkatkan kekerapan untuk mengatasi keperluan pengguna..Jangan ambil sikap sumbat selagi boleh sumbat..Jangan dah terjadi sesuatu yang buruk baru kelam kabut nak ambil langkah langkah keselamatan..

In The End...better safe than sorry


Monday, October 13, 2014

KTM Komuter..is it so difficult??

Sejak kebelakangan ini saya banyak menggunakkan perkhidmatan KTM komuter untun bergerak di sekitar Klang Valley.6 atau 7 tahun yang lalu saya merupakan pengguna tegar KTM komuter, tetapi pada masa itu belum ada coach reserve untuk wanita saja. Foreigner pun tak ramai yang guna...

Sekarang dah banyak foreigner yang guna but dont know whether legal or illegal..ha ha ha

But ada 2 benda yang masih tak faham..

1) apa guna buat coach khas untuk wanita kalau dalam coach tu banyak lelaki dok bertempek..tak ada sebarang penguatkuasaan untuk control

2) komuter masih tak punctual..sama  macam dulu,Kalau sekali sekala ok la tapi kalau hari hari and delay sampai 20 minit..something is not right

In The End....MALAYSIA BOLEH



Sunday, October 12, 2014

Laksa Janggus...almost perfect

Dah dekat seminggu tak update blog,agak sibuk dengan kerja yang tak siap siap.Masa pergi Penang few days back sempat juga melencong ke Balik Pulau.Orang cakap laksa dekat situ sedap. Sesudah 3 atau 4 kali salah jalan,google map pun pening kepala,akhirnya sampai juga ke LAKSA JANGGUS.
Bukan hanya laksa,ada goreng pisang,keropok lekor,mee and bihun sup.Kalau nak laksa yang ada telur kena minta laksa special..rm 4.To be honest,one of the best laksa yang pernah makan..even laksa Zakaria kat Kuala Kedah pun kalah.Kalau lah masa dia ambil laksa bubuh dalam mangkuk dia guna sarung tangan plastic..I would rate this place 10/10

In The End..pejam mata and enjoy


Monday, October 6, 2014

Jabatan Agama Islam Negeri..bureaucracy or.....?


Kisah 1

seorang kenalan dari selatan tanah air,menetap sementara di Selangor untuk mencari sesuap nasi.Berkenalan dengan seorang gadis di sini akhirnya ingin melangsungkan perkahwinan.Oleh kerana kenalan bukan anak Selangor dan alamat di My Kad pun masih alamat di Johor maka beliau perlu mengisi Borang Pengesahan Pemastautin yang disahkan oleh ketua kampung atau tok imam atau yang sejawatan dengannya

Kisah 2

seorang kenalan dari selatan tanah air,menetap sementara di Pulau Pinang untuk mencari sesuap nasi.Berkenalan dengan seorang gadis di sini akhirnya ingin melangsungkan perkahwinan.Oleh kerana alamat di My Kad pun masih alamat di Johor maka beliau PERLU MENUKAR ALAMAT DI MY KAD KE ALAMAT PULAU PINANG , baru boleh memohon.Tidak ada borang Pengesahan Pemastautin di sini.

Kisah 3

seorang kenalan dari selatan tanah air,menetap sementara di Perak untuk mencari sesuap nasi.Berkenalan dengan seorang gadis di sini akhirnya ingin melangsungkan perkahwinan.Oleh kerana terlalu banyak birokrasi dari Jabatan Agama,beliau akhirnya berkahwin di sempadan Siam.

IN THE END...Islam itu mudah..kenapa perlu dirumitkan




Saturday, October 4, 2014

Online Purchase..dont be fooled

Trend membeli barang secara online dah semakin popular sekarang.Banyak syarikat yang besar menawarkan perkhidmatan ini seperti Lazada,Zalora dan sebagainya.Biasanya online purchase dari syarikat yang besar tidak timbul masalah kena scam or tipu.Yang timbul cuma masalah kecil seperti kelewatan menerima barangan

Apa yang nak dikongsikan di sini adalam online purchase dari INDIVIDU yang aktif di mudah.my,lelong.com dan lowyat garage sales.Terlalu banyak berita terjadinya penipuan.Yang paling ketara adalah duit dah bank in tapi barang yak sampai.Berikut adalah sedikit petua untuk mengelak dari kena online scam.

- careful dengan tawaran harga murah yang melampau..some is too good to be true,banding harga yang di tawar dengan individu lain

try to keep all communication via sms,whatsapp or email..avoid berbual,at least ada written proof

berhati hati dengan penjual yang suruh bank in separuh bayaran dulu,balance boleh bayar masa dapat barang..yang itu confirm 99% scam

elak dari bank in  duit to 3rd party person.Contohnya kalau deal dengan Ahmad masa nak bank in dia suruh bank in dalam ac wife dia

Sebahagian dari penipu dan  scammer  bank ac no boleh di lihat di SINI

Yang paling penting..kalau timbul sedikit doubt saja dalam hati kita..do not proceed

IN THE END...better safe than sorry