Friday, October 3, 2014

Fresh Graduates..reality or fantasy

Sering kali kita dengar keluhan para graduan tentang kesukaran untuk mendapatkan kerja.Masalah yang tak pernah selesai dari dulu.. kini dan selamanya..
Ingin saya kongsikan pengalaman saya ketika bertugas di sebuah kedai rangkaian peruncitan yang terkenal di Malaysia beberapa tahun yang lepas.

Pada masa itu kami mengalami kegawatan pekerja yang teramat sangat.Ramai pengurus kedai yang berhenti atau diberhentikan.Lantas pihak syarikat mengiklankan jawatan "Management Trainee" untuk lepasan graduan di dada dada akhbar (masa tu internet belum berkembang pesat lagi..belum ada broadband).

Saya adalah antara orang yang terlibat dalam menemubual calon calon temuduga.Pada hari yang ditetapkan,ramai  graduan yang hadir dalam walk in interview itu.Setelah 2 hari berlangsung ramai juga graduan graduan yang berkualiti yang disenarai pendek.TETAPI sebahagian besar menolak jawatan management trainee atas alasan alasan yang remeh.antaranya :

tak boleh kerja hujung minggu dan public holiday sebab tak sama time dengan GF or BF
tak boleh kerja hari raya nanti tak balik kampung.. keluarga sedih
tak boleh kerja long hours..takut penat

Tetapi yang menolak atas dasar terlibat dengan penjualan arak..itu saya accept and respect.

Akhirnya seramai 25 orang telah diterima bekerja.Sebagai management trainee, mereka di ajar selok belok pengurusan kedai dari segala segi .Sudah tentu mereka terpaksa melakukan kerja kerja sebagai sales assistant dulu seperti jadi cashier,menyusun barang,mop lantai,buang sampah dan sebagainya.

Setelah 2 minggu berlalu  cuma tinggal 5 orang yang masih setia.20 yang lain dah cabut berhenti.Masih segar dalam kepala saya kata kata dari seorang yang berhenti itu...
BANG,..KITA ORANG LEPASAN UNIVERSITI,TAK KAN KITA ORANG NAK BUAT KERJA KULI MACAM ITU

IN THE END...speechless again

5 comments:

JR said...

Kerja di mana-mana pun, dengan kelulusan setinggi mana pun (malah jika ada Ph D pun), masa mula-mula kena jadi kuli dulu. Maksud 'kuli' ini ialah masih ada boss di atasnya. Mana ada kerja bila masuk saja terus jadi big boss? Kecualilah kita buka bisness sendiri bolehlah jadi kuli dan boss dalam satu masa...

Erika Castillo said...

So tak boleh nak memilih kerja sangat..kalau nak jd bos buat bisnes sendiri ^^

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

memang terlebih menjaga standard,akhirnya nanti semua kerja diambil org luar

Erika Castillo said...

@thomas..sekarang ni dah banyak kerja orang luar sapu

Etuza said...

Tak boleh putus asa, pasti ada tetapi belum ada rezeki